Isnin, 15 Julai 2013


Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan


Uya dan Miemie akan menerangkan salah satu lagi Sub-Kejuruteraan Awam..iaitu..Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan..ok..Uya dan Miemie akan pecahkan kepada 2 bahagian untuk senang nak faham iaitu Kejuruteraan Struktur dan Kejuruteraan Bahan Binaan...kedua-dua bahagian ini saling berkaitan dalam pembinaan..

Kejuruteraan Struktur

Menyentuh prinsip-prinsip pembinaan dan reka bentuk pelbagai struktur yang menanggung beban seperti pembinaan jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang, jalan raya dan lebuh raya, empangan, saliran, sistem pembersihan, sistem bekalan air, bangunan, pelabuhan, terowong dan sebagainya.


Prinsip-prinsip yang dikaji ialah analisis dan reka bentuk struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur yang dibina kuat dan tahan lasak serta selamat.


Kejuruteraan Bahan Binaan
Mengkaji sifat bahan binaan seperti kayu, keluli, bata, konkrit dan lain-lain yang digunakan dalam projek pembinaan. Kajian ini penting supaya penggunaan bahan ini mengikut spesifikasi dan berkualiti.

ok..tu je yang boleh Uya dan Miemie terangkan kat korunk mengenai Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan...apa-apa pun..tq kerana baca entry Uya dan Miemie ni.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan